aku tilliey ina

aku tilliey ina

Wednesday, January 19, 2011

tak sabar

           Tak sabar nye hendak jumpa someone yang aku sayang . Best nya aku rasakan . Pukul 2.30 petang nanti , bermula lah pertemuan kitorang . Happy giler nie . Rasa macam hendak melompat-lompat aje . Tapi tak boleh lah pulak nak melompat-lompat . Nanti terover sangat lah . hehe :)
           Nasib baik hari ni dia free taw .Ada lah masa jugak untuk aku jumpa face to face dengan dia kat luar sekolah . kalau sebelum ni , aku asyik jumpa kat dalam sekolah je . Naik boring la juga . huhu .
           Lagipun , naib baiklah dia nak pergi rumah Nadia . Kalau tak , terlepas lah pulak rancangan aku . hehe :) Aku happy sangat because dia free dan sudi luangkan masa untuk aku . Dengan ini , aq boleh hilangkan rasa tension aku . Kalau cuti sekolah , kena duduk kat rumah dan jaga sepupu aku tuh . Naik bosan dan tension betul . Rasa macam nak menjerit pun ada . Kalau macam ni , baik aku sekolah macam ni ataupun balik kampung je .

Sunday, January 16, 2011

dapat hadiah

         Tadi , ayah aku bawak isteri dan anak-anaknya pergi jalan-jalan kat "Klang Parade" . Lepastuh , tergerak pula hati ayah aku nak pergi kedai jam . Parents ada beli satu jam tangan taw . Mula-mula , aku ingatkan jam tangan tu untuk mak aku . Rupa-rupanya untuk aku . Hadiah sempena hari jadi aku daripada parents aku .
         Walaupon parents aku bagi hadiah terlambat , tapi aku tetap terima dengan hati yang terbuka . Aku tahu dorang bagi dengan ikhlas . :)
         Walau apa-apa pun , aku nak ucapkan berbanyak terima kasih kat parents aku yang telah memberi hadiah kat aku .
        "kakak sayang umie dan ayah . Thanks sebab wish dan bagi hadiah kat kakak . Umie dan ayahlah tempat kakak selalu mengadu kalau ada masalah . betul tak?hehe . memang betul pun . Kakak tak nak kehilangan umie dan ayah .kakak sayang umie dan ayah ."

Friday, January 14, 2011

semua kantoi

         Hari Rabu lepas , semua perkara yang aku rahsiakan sebelum ini sudah kantoi . Parents aku dah tahu tentang perhubungan aku dengan Fitri . Mula-mula ayah aku yang tahu dulu tentang hal ini . Lepastuh , ayah aku pun bagitahu kat mak aku . Ayah aku cakap " inilah kot pakwe nya Sabrina ." Lepastuh mak aku jawab " iye lah kot " . Nasib baik lah dorang tak marah . Lega nya hati aku ni .
         Patutlah lepas aku balik dari sekolah , aku rasa macam tak sedap hati taw . Lepastuh , mak aku diam aja . Aku nampak ayah aku buka facebook taw kat komputer . Tapi , aku tak tahu la pula facebook sapa . Lepastuh , aku tanya kat adik aku . "ayah bukak facebook sapa? " . Adik aku jawab " facebook ko" . Mula-mula aku pelik lah jugak kenapa ayah aku tiba-tiba aja nak bukak facebook aku . Dia bukak facebook aku lepastuh dia tengok gambar-gambar aku . Dahlah ada gambar Fitri . Maybe dia tahu daripada situ kot . Tapi , bagus lah jugak sebab dorang dah taw . Nanti tak ada lah dorang syak apa-apa dah . hehe :)
         Parents Fitri pun dah tahu tentang kitorang nie . Parents dia yang tahu dulu . Baru parents aku yang tahu . Hal ini boleh kantoi sebab ayah Fitri ternampak gambar aku kat wallpaper laptop Fitri . Lepastuh ayah dia tanyalah ni gambar sapa . Dia jawab ini gambar girlfriend or makwe . Dia boleh lagi letak gambar aku kat wallpaper laptop dia . Dah lah besar . Semua orang boleh nampak . Firi kata ,dia letak gambar aku kat wallpaper fon dia taw . Dahlah gambar aku yang ada kat facebook ni , dia ambil semua gambarnya . Lepastuh dia simpan dalam pendrive . Rasa macam nak delete je semua gambar aku yang kat facebook tuh . Macam buruk-buruk aja .

geram

       Geram nya lah hari ini . Ada sedara bayi tidur . Lepastuh adik-beradiknya buat bising aja . Tak tahu nak diam betol . Sentiasa kecoh kalau diorang datang rumah aku ini . Dorang bukan tahu nak buai adiknya . Kena aku jugak yang buai . Baru dia nak tidur . aduuuuhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!
        Lepastuh,dah la asyik kena dengar leteran kat rumah ni . Naik bosan betul lah . Homework dah lah banyak . Kena jaga budak tu lagi . Aduhhhhh!!!! pening kepala aku . Nak pecah rasanya . Tension2 . Baik aku balik kampung , lagi best . Boleh tenangkan diri aku ni yang agak berserabut . Tak yah susah-susah jaga si budak tu ha . bosan-bosan .
        Lagipun kalau aku balik kampung , aku boleh enjoy . Buat aja apa yang aku suka . Tak perlu dengar leteran . :(

Thursday, January 13, 2011

baju yang sama

Inilah baju persamaan antara kami . Tapi , bukan warna putih taw . Warna hitam . Tak main lah warna putih . Semua sama tapi warna je lain . 

Wednesday, January 05, 2011

kalau boleh ?

Sekarang ni , aku dah masuk usia 14 tahun . Tapi , mak aku still tak nak ajarkan aku naik motor . Aku teringin sangat nak naik motor . Semua kawan aku dah pandai naik motor . Tapi , cuma aku je yang belum . hmmm :( sedihnya lah . Apalah nasib . Mak aku cakap , kalau aku belajar naik motor aku akan merayau setiap hari . Bagi aku , aku tak denya nak merayau setiap hari . Lagipun , buat apa aku nak merayau . Tak ada tempat yang best kat Sijangkang ni . Semuanya membosankan . Kecuali pergi rumah kawan la . Tak berapa bosan pun . 
Aku teringin sangat nak try bawak motor . "Ya Allah , engkau tolonglah berikan peluang kepada hambamu ini untuk cuba membawa motor . Aku teringin sangat ."

Followers