aku tilliey ina

aku tilliey ina

Thursday, December 30, 2010

muntah semasa balik dari Pahang

Seminggu ni memang hari yang memenatkan bagi aku . Yelah , mana taknya parents aku nak pergi Cameron Highland bukan nak bagitahu kat aku . Aku ingatkan kitorang nak tidur dua malam kat Penang lepas hantar abang aku balik universitinya . Rupanya , parents aku nak bercuti kat Cameron Highlands . Di samping itu , aku rasa best la kan sebab dapat pergi bercuti . hehe :)
time ni bergambar kat tepi kedai menjual bunga-bunga segar . Aku tak beli pun sebab nanti kat Selangor , bunga itu akan layu . Kan kat Selangor , udaranya tak sejuk macam kat Cameron highlands .
bergambar dengan adik yang nombor tiga . Time ni lepas selesai shopping kat pasar .
 Semalam aku baru aja aku balik dari Cameron Highlands . Jalannye pun bengkang-bengkok . Sapa yang duduk belakang memang tak tahan . Terasa macam nak muntah je . Kejadian ini berlaku pada aku sendiri . Aku muntah dalam kereta sebab pening sangat . Nasib baik aku cepat-cepat sediakan plastik . Kalau tak , dah lama dah bau muntah dalam kereta yang berekon . Mesti semua orang nak muntah jugak . Aku masih lagi pening sampai hari ini . Terasa berat sangat kepala aku ni untuk bangun dari katil . Tapi , aku kuatkan jugak sebab aku nak online . Dah lama tak online . Rindu la pulak . hehe :)




No comments:

Post a Comment

Followers