aku tilliey ina

aku tilliey ina

Sunday, January 02, 2011

tenangkan diri

      Hari ini masuk kelas baru , kena tenang . Tak perlu nak bergesa-gesa . Tapi , kena jugak sebab nak rebut tempat duduk yang ada kat depan meja cikgu . Aku nak duduk depan meja cikgu . Nanti senang nak fokus time belajar . Kalau duduk belakang , aku tak boleh nak fokus langsung . Harap-harap dapatlah duduk depan meja cikgu . Aminn!! . hehe :) Aku rasa cikgu-cikgu yang ajar kelas kitorang mesti garang-garang . Yelah , dia nak anak murid didikannya pandai-pandai . Kira macam itulah .
      Lepastuh , Zaid pun satu kelas dengan aku . Dia kata dia nak duduk belakang aku . Aduyaiiiiiiiiiii!!!! . Macam mana ni???? Aku sebenarnya tak suka lah . Tak selesa . Harap-harap janganlah duduk belakang aku . Nasib baik belakang , bukan sebelah . Kalau sebelah , aku lari dulu lah nampaknya cari tempat lain . Kalau tak , nanti dorang akan cakap aku ni "penggatal" . Aku tak gatal ye . Aku setia pada yang sorang . huhu .
      Okey , buat masa  sekarang ini aku perlu betul-betul fokus masa belajar . Dah tak ada nak main-main macam aku buat masa form 1 . Tahun depan aku dah nak PMR . So , aku tak nak lah mengecewakan kedua ibubapaku . Dorang semua bergantung pada aku sebab aku satu-satunya anak perempuan yang dorang ada . Dorang yakin yang aku boleh dapatkan 8A dalam PMR . So , dengan itu aku harus memulakan hidup baru . ya...Syasya boleh buat dan dapatkan . Korang kan dah tahu caranya kan . So , janganlah buat tak tahu . Syasya boleh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! yakin pada diri sendiri..

No comments:

Post a Comment

Followers